PERATURAN PERTANDINGAN
- KBJB
- Sep 30, 2018
- 4 min read
Updated: Oct 1, 2018
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
1.1. PERATURAN AM
Pertandingan bolasepak ini adalah dijalankan mengikut undang-undang FAM dan FIFA kecuali peraturan yang telah ditetapkan oleh urusetia pertandingan.
1.2. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
i. Kategori Bawah 8 Tahun (penyertaan maksimum 20 pasukan)
- 7 sebelah ( Daftar 10 pemain termasuk 3 pemain simpanan )
- Minimum 5 pemain utk memulakan perlawanan
ii. Kategori Bawah 10 Tahun (penyertaan maksimum 20 pasukan)
– 7 sebelah ( Daftar 10 pemain termasuk 3 pemain )
- Minimun 5 pemain untuk memulakan perlawanan
iii. Kategori Bawah 12 tahun (penyertaan maksimum 20 pasukan)
- 9 sebelah ( Daftar 12 pemain termasuk 3 pemain simpanan )
- Minimum 6 pemain untuk memulakan perlawanan
iv. Kategori Bawah 14 Tahun (penyertaan maksimum 12 pasukan)
- 11 sebelah (Daftar 16 pemain termasuk 5 pemain simpanan)
- Minimum 8 pemain untuk memulakan perlawanan
v. Kategori Bawah 16 Tahun (penyertaan maksimum 12 pasukan)
- 11 sebelah ( Daftar 16 pemain termasuk 5 pemain simpanan )
- Minimum 8 pemain untuk memulakan perlawanan
1.3 PENYERTAAN
i. Terbuka kepada semua pasukan kelab dan akademi bolasepak di seluruh Malaysia.
ii Yuran Penyertaan
- RM250 (Kategori Bawah 8, 10 dan 12 Tahun)
- RM350 (Kategori Bawah 14 dan 16 Tahun)
1.4 KELAYAKAN PEMAIN
i. Setiap pasukan hendaklah secara jujur memastikan pemain mengikut umur seperti berikut: -
Bawah 8 Tahun - Lahir pada tahun 2010 dan selepasnya.
Bawah 10 Tahun - Lahir pada tahun 2008 dan selepasnya.
Bawah 12 Tahun - Lahir pada tahun 2006 dan selepasnya.
Bawah 14 Tahun - Lahir pada tahun 2004 dan selepasnya.
Bawah 16 Tahun - Lahir pada tahun 2002 dan selepasnya.
ii. Tidak ada halangan untuk pemain yang berdaftar dengan NFDP atau PLD menyertai kejohahan ini.
iii. Semua pemain dikehendaki membawa sijil kelahiran / MyKid / MyKad (asal atau salinan) untuk semakan penganjur.
1.5 JADUAL PERTANDINGAN
Jadual pertandingan akan disediakan oleh urursetia pertandingan dan diedarkan kepada semua pasukan pada hari kejohanan.
2.0 FORMAT PERTANDINGAN
2.1 Peringkat Kumpulan
2.1.1 Bawah 8, 10 & 12 Tahun
i. Semua pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.
ii. Perlawanan di peringkat kumpulan akan dijalankan secara liga
iii. Masa permainan adalah 15 minit tanpa rehat
iv. Penentuan kedudukan adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut (mengikut aturan): -
- jumlah mata;
- perbezaan gol; dan
- keputusan perlawanan terdahulu bagi pasukan yang terlibat (head-to-head)
v. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir.
vi. Sekiranya lebih dari 2 pasukan yang layak berdasarkan kriteria di atas, kelayakan adalah berdasarkan tiga sepakan penalti dan satu sepakan penalti sudden death.
vii. Pasukan yang menang di peringkat suku akhir akan beraksi di perlawanan separuh akhir CUP, sementara pasukan yang kalah akan beraksi di perlawanan separuh akhir PLATE.
2.1.2 Bawah 14 & 16 Tahun
i. Semua pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.
ii. Perlawanan di peringkat kumpulan akan dijalankan secara liga.
iii. Masa permainan adalah 20 minit tanpa rehat
iv. Penentuan kedudukan adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut (mengikut aturan): -
- jumlah mata;
- perbezaan gol; dan
- keputusan perlawanan terdahulu bagi pasukan yang terlibat (head-to-head)
v. Juara kumpulan akan terus layak ke pusingan suku-akhir, sementara naib juara dan pasukan tempat ke-3 akan bermain di pusingan kedua.
2.2 Peringkat Kalah Mati
Sekiranya keputusan perlawanan adalah seri di dalam masa permainan sebenar, pemenang akan ditentukan melalui tiga sepakan penalti dan satu sepakan penalti sudden death.
Pihak penganjur berhak mengubah sistem pertandingan mengikut kesesuaian pada hari pertandingan.
3.0 HADIAH KEMENANGAN
3.1 Kategori Bawah 8, 10 dan 12 Tahun
Cup Challenge
Juara : Piala Kejohanan + Pingat + RM600
Naib Juara : Pingat + RM400
Tempat Ketiga : Pingat + RM200 ( 2 pasukan )
Plate Challenge
Juara : Piala Kemenangan + Pingat
Naib Juara – Tempat ke-4 : Pingat
3.2 Kategori Bawah 14 dan 16 Tahun
Juara : Piala Kejohanan + Pingat + RM800
Naib Juara : Pingat + RM600
Ke 3 : Pingat + RM300 ( 2 pasukan )
4.0 PEMBERIAN MATA
Menang : 3
Seri: 1
Kalah: 0
5.0 PAKAIAN PEMAIN
5.1 Setiap pasukan wajib memakai jersi lengkap bolasepak berserta nombor di belakang jersi.
5.2 Pemain hendaklah menggunakan nombor jersi yang sama dengan nombor yang didaftarkan sepanjang pertandingan.
5.3 Pemain wajib memakai shin pad / shin guard semasa bermain di dalam semua perlawanan.
5.4 Seandainya berlaku persamaan warna jersi, pasukan yang disebut namanya kemudian dikehendaki menukar jersi atau memakai bip yang disediakan oleh pihak penganjur.
6.0 PERTUKARAN PEMAIN.
Pertukaran pemain adalah secara rolling substitute, seperti permainan futsal.
7.0 KELEWATAN PASUKAN
7.1 Semua pasukan yang bertanding wajib mematuhi jadual pertandingan yang telah ditetapkan oleh urusetia pertandingan.
7.2 Masa menunggu yang diberikan hanya lima (5) minit sahaja selepas tiupan wisel pengadil. Sekiranya mana-mana pasukan tidak hadir di padang selepas lima (5) minit, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3 - 0.
8.0 PERATURAN TINDAKAN TATATERTIB.
8.1 2 kad kuning amaran terkumpul sepanjang pertandingan iaitu dari peringkat kumpulan hingga peringkat kalah mati - digantung 1 perlawanan berikutnya.
8.2 2 kad kuning amaran dalam satu perlawanan – perintah keluar padang dan digantung 1 perlawanan berikutnya.
8.3 Kad merah – perintah keluar padang dan digantung 2 perlawanan berikutnya atau bergantung kepada urusetia pertandingan.
9.0 BANTAHAN
9.1 Hanya bantahan berkenaan kelayakan pemain sahaja yang dibenarkan.
9.2 Batahan harus dibuat dalam tempoh 30 minit selepas perlawanan berakhir, berserta dengan yuran bantahan sebanyak RM50.00, kepada urusetia pertandingan.
9.3 Wang bantahan akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut BERJAYA.
10.0 HAL-HAL TIDAK DIPERUNTUKAN
Segala peraturan yang tertera adalah muktamad dan urusetia pertandingan berhak membuat sebarang pindaan tanpa sebarang pengumuman awal.
11.0 BORANG & PEMBAYARAN YURAN PENYERTAAN
11.1 Sila hantar borang pengesahan (klik: https://kbjb7625.wixsite.com/karnivalkbjb2018/pendaftaran) untuk menempah slot pasukan anda, beserta dengan deposit penyertaan sebanyak RM100 untuk penyertaan satu pasukan dalam setiap kategori.
11.2 Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum atau pada 1 November 2018. Pihak penganjur akan membatalkan penyertaan sekiranya yuran penyertaan tidak dibayar sepenuhnya selepas 1 November 2018. Deposit penyertaan juga tidak akan dikembalikan jika mana-mana pasukan menarik diri selepas 1 November 2018.
11.3 Yuran dan deposit penyertaan hendaklah dibayar melalui pindahan wang / deposit tunai ke akaun seperti berikut:
Nama akaun: KELAB BOLASEPAK JUNIOR BANGI
No. akaun: Maybank 562834639043
Sila emelkan bukti pembayaran ke kbjb7625@gmail.com atau hantarkan melalui Whatsapp kepada jawatankuasa pertandingan yang tertera di bawah. Resit akan diberikan semasa pendaftaran di hari pertandingan.
11.4 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
En. Hamidun : 012 - 9765525
En. Hafidzi : 019 - 2240314
En. Zulfadly : 019 - 3896952
Comments